Program Khas Bersama OKU

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 08 September 2019, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara. Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menaip dengan pantas dengan menggunakan laman Typing Test.com.

Di laman Typing test ini, beliau diberikan masa selama 1 minit untuk menaip teks yang disediakan. Selepas 1 minit, ianya akan menujukan rekod kelajuan, kesalahan ejaan dan juga jumlah perkataan yang telah di taip. Melalui masa ini, beliau dapat melihat tahap kemahiran dalam menaip dengan pantas. Di laman Typing test ini juga, beliau boleh membuat latihan bagi meningkatkan kemahiran menaip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali